Petua:Berhenti Merokok
Friday 18 May 2012 • 06:31 • 0 comments
Mahu berhenti merokok? Lakukan amalan berikut... InsyaAllah berjaya... 1. Melengah-lengah Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti†setiap kali anda ingin merokok. 2. Menarik Nafas Panjang Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan. 3. Minum Air Dengan Banyak Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya. 4. Membuat Sesuatu Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya. 5. Menguyah Sesuatu Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa. 6. Mandi atau Basuh Tangan Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok. 7. Melakukan Senaman Regangan Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok. 8. Memohon Doa Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya. 0 Comment(s)
|
❤ Owner This Blog ❤ Welcome to my paradise.Hey there ! I'm Eiykien,owner this blogger..you want to know me??just click at ABOUT and just contact me... You are stepping on official page =) Since you are here , why don't you follow me ? Btw , before you leaving , please leave your footstep at my cbox . Hate me ? Quickly press the ctrl+w , darl :* Profile
Stuff
❤ Tagboard ❤
❤ Come Tweet Me! ❤
❤ Music! ❤ ❤ My Sweet Candy! ❤ ❤ Jom Terjah! ❤ Credits Big helped: Aulia Septiya Edited: Eiykien Ekin |